Thursday 24 March 2016

Katalog Perpustakaan

 

Katalog Perpustakaan UKM adalah rekod asas yang memberikan maklumat lengkap mengenai bahan-bahan yang ada di Perpustakaan Tun Seri Lanang da Perpustakaan - Perpustakaan Cabang. GEMILANG ialah nama yang diberikan bagi Katalog Awam Dalam Talian Perpustakaan UKM, iaitu singkatan daripada GEDUNG MAKLUMAT ILMU TUN SERI LANANG. Maklumat bibliografi sesuatu bahan boleh diperoleh dengan menyemak katalog melalui:

  • Pengarang, penyunting dll.

  • Judul

  • Perkara/ Subjek

  • Penerbit

  • Nombor Panggilan

 

Komputer untuk menyemak katalog perpustakaan diletakkan di setiap aras perpustakaan. Untuk mendapatkan bahan, pelanggan perlu mencatat nombor panggilan serta petunjuk lokasi bahan yang tepat, kerana nombor panggilan menunjukkan penempatan dan susunan bahan di rak. Komputer ini dikhaskan untuk pelangga mencari maklumat bahan perpustakaan. Pelanggan dilarang menggunakan untuk tujuan lain.Katalog ini boleh dicapati melalui internet di alamat :

 

http://gemilang.ukm.my

 

Perpustakaan juga mempunyai koleksi digital yang dibangunkan sendiri. Koleksi digital menyimpan indeks/ abstrak dan juga teks penuh bahan-bahan perpustakaan seperti tesis, kertas seminar, laporan penyelidikan, keratan akhbar dan sebagainya. Kata pengenalan dan kata laluan diperlukan untuk mengakseskan teks penuh. Koleksi digital boleh dicapai melalui internet di alamat:

 

http://ptsldigital.ukm.my