Thursday 20 July 2017

BAHAN PENERBITAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Bahan penerbitan Jabatan Perangkaan mengandungi maklumat data statistik dan perangkaan yang meliputi segala bidang yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Bahan boleh diperolehi di aras 5, Koleksi Dokumen, PTSL dengan nombor panggilan MK10 JPER .


TAJUK : BULETIN PERANGKAAN BULANAN MALAYSIA
NOMBOR PANGGILAN : MK10 JPER 4 S562
LOKASI BAHAN : KOLEKSI DOKUMEN, ARAS 5, PERPUSTAKAAN

1. Bagi tahun 2014, jumlah pendaftaran baru kenderaan bermotor Malaysia adalah 
    sebanyak 1,281,936 buah kenderaan dengan pecahan seperti berikut :
  • Motosikal : 541,387
  • Motokar : 664,335
  • Kenderaan awam : 13,019
  • Kenderaan Barang : 43,705 
  • Lain-lain kenderaan : 19,490

2. Anggaran penduduk warganegara Malaysia  mengikut suku tahunan ketiga tahun 2015
adalah seramai 28,120,600 orang dengan jumlah warganegara lelaki adalah sebanyak  14,232,900 orang manakala jumlah wanita adalah sebanyak 13,887,700 
orang.


Sumber : Buletin perangkaan bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia





No comments:

Post a Comment